Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, November 17

PRO 2020 + Hepatitis B


2 minggu lepas aku ada pergi klinik untuk buat beberapa test kesihatan..antaranya PRO 2020..



Actually aku tak tau pun ada test begini..paling-paling cek kesihatan masa medical checkup dulu-dulu..masa tu la tau darah jenis apa..xray tengok struktur tulang semua betul..lepas tu doc kata semua OK...

Mula-mula taknak buat, yolah ko total semua test dalam RM400..mahai ok bagi aku la, tapi bila doc tu cakap..kesihatan lagi penting dari duit..errrrkkk..baikkkkk, saya buat..

Ingat kan susah sangat, ambil masa yang lama..rupanya cuma ambil darah + urine je..muahaha..cuak bukan main kan..hehe

Macam tak caya, dengan 2 itu shj boleh detected kesemua sistem badan aku..ingat doc main acu tak acu je masa mula test tu..hihi

Dia just ambil darah + urine, then hantar ke lab..doc kat sana yang buat analysis..

Tadi masa jumpa doc, buka la sehelai demi sehelai sambil cerita pasal gula, darah, kidney, tumors & etc..semua normal

Sampai kat LIPID means FATS..aku kantoi tang situ..aku ingat semua aku NORMAL..hehe




Untuk LDL cholesterol atau  low-density lipoprotein (bad cholesterol)..aku punya agak tinggi, hampir 2 kali ganda paras normal..

Patut 2 minggu lepas, sebelum nak buat..doc syak aku akan ada masalah kolestrol sebab ada skin probs..pandai doc kan..hihi..

Solutions doc nasihatkan makanan lebihkan pada GREENS..buah, sayur, olive oil, basmathi...dan dia bagi ubat untuk rendahkan kolestrol..

Dan masa yang sama makan fish oil untuk maintainkan HDL cholesterol atau High Density Lipoprotein (good cholesterol)

Yelah kang makan ubat nak rendahkan kolestrol, dengan HDL turun, susah juga..ubat bukan leh detect LDL or HDL..

Patut la jenuh tukar sabun pencuci muka tapi jerawat still tak turun-turun, makin naik ada lah..huhu..doc tu nak tengok sebulan nanti..

Then lagi satu adalah HEPATITIS B..




Yang ni doc kata badan aku takde..so suggestion untuk ambil..suggestion ye, bukan wajib..tapi bila mr.bie dengar.."ok doc, cucuk je doc"....eerrrkkk...geget kang

Murah je RM35..

Yang tak tahan cuma tangan lenguh dari pagi tadi sampai la sekarang ni..lenguh sengal-sengal gitu..

Vaksin Hepatitis B ni kena ambil 3 kali..

1st hari ni, 2nd selepas sebulan, 3rd selepas 5bulan..

Apa itu Hepatitis B boleh baca sini dan sini..

Ok..overall sangat bagus tests macam ni..lepas ni aku nak paksa mr.bie buat pula..untuk kesihatan, kadang-kadang kita pun tak tau penyakit apa yang hinggap kita..lagi-lagi jika background family kita ada penyakit..

Macam doc tu cerita, dia sendiri tak dapat detect dia ada kencing manis sampai la kena gigit dengan semut then bernanah..umur baru 32..then baru teringat ayah dia ada penyakit yang sama..dah tau baru nak buat kawal..

So, lepas ni nak pujuk hubby buat test ni..tapi biasalah dia, nak senam dulu la, kawal makan dulu la..ehh, ngelat tau, kita main redah je pergi test sampai kena dengan doc...aku syak kami sama je, sebab apa dia makan, selalu aku makan gak..haha

Tq busyuk temankan amik results..dia ada kerja utk faculty kat pulau, tapi pergi lambat sampai redah hujan demi i..hihi..tq lalinks..=)





P/S: petang ni kereta dah siap..tapi isnin baru nak amik, esok tutup..sian hubby taknak dia rushing...kita rempit lagi malam ni

No comments: